Pages

Sunday, August 3, 2014

REMAJA LELAKI DITUDUH BUNUH WARGA EMAS

Kota Tinggi - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang wanita warga emas, bulan lepas.

Juvana itu dituduh membunuh Jariah Abu Bakar, 62, di dalam rumah bernombor 1213, Blok 9, Felda Lok Heng Barat, di sini, pada 12.05 tengah hari, 22 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Natassa Zaini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor