Pages

Wednesday, August 13, 2014

PAS PENENTU NASIB KHALID, PR


Para petugas media yang menunggu di lobi utama bangunan SUK untuk perjumpaan Exco Selangor bersama Abdul Khalid, semalam. Foto oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Shah Alam - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pakar Geo Strategi Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, pada masa ini, semua pihak sedang menantikan jawapan daripada Pas.

"Rakyat Selangor melihat Pas seperti dipergunakan dalam PR. Tetapi, Pas perlu membuat ketetapan yang benar-benar telus supaya tidak mengorbankan prinsip perjuangan mereka selama ini," katanya, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sokongan Pas kepada Abdul Khalid akan diubah jika PKR memberikan nama selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor