Pages

Friday, August 1, 2014

MOGOK TAMBAK JOHOR, JALAN KAKI KE TEMPAT KERJA


Kuala Lumpur: Kesesakan lalu lintas yang berlaku berikutan mogok yang dilancarkan oleh pengusaha-pengusaha bas awal pagi ini menyebabkan ramai pekerja kilang berjalan kaki ke tempat kerja di Singapura.

Bas-bas yang membawa pekerja kilang telah menghentikan perkhidmatan mereka di pintu masuk Kastam Johor sebagai tanda protes ke atas kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Salah seorang pekerja kilang yang terlibat, Nandini Rajah, 31 berkata, aliran trafik dilihat sudah mulai sesak sekitar pukul 4:40 pagi.

“Saya keluar bekerja pukul 4:40 pagi, jalan sudah sesak kemudian semua bas berhenti tak mahu teruskan perjalanan di pintu masuk kastam” cerita Nandini ketika dihubungi Astro AWANI.


Ribuan pejalan kaki berjalan kaki memasuki Singapura 


Orang ramai yang terkandas di kesesakan pagi ini 


Kata Nandini, dia dan rakan-rakannya sebelum itu menunggu bas beroperasi semula, namun kemudian membuat keputusan untuk berjalan kaki ke tempat kerja.

Ribuan pekerja kilang berjalan kaki memasuki Singapura ke kilang masing-masing bermula jam 6 pagi.

Nandini memberitahu, perjalanan tadi ke kilang masing-masing mengambil masa sekitar 30 sehingga 40 minit.

Beberapa twit orang ramai yang mengeluh dengan keadaan tersebut turut dilihat trending di media sosial.

Take yur time .slowly slowly walk .enjoy the sea breeze .do a bit of exercise .late 4 work .u shalt b 4given .

View image on Twitter
Buses on strike across causeway due to VEP toll charges
View image on Twitter
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.


Penat penat keluar rumah at 5:30 am end up protestant block all the buses to Singapore at Malaysia Checkpoint


Terbaru, lebih kurang jam 10:30 pagi,Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)dalam Twitter rasminya melaporkan bahawa kesemua bas 160, 170, 170X dan 950 telah mula beroperasi sepenuhnya.




Update: Bus services 160, 170, 170X and 950 have resumed normal operations into Johor Bahru.



Singapura telah mengumumkan kenaikan caj VEP daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari.

Manakala kadar tol baharu arah masuk Malaysia bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing ialah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor