Shah Alam - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.
Akhbar Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.
Kesemua akhbar berkenaan melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.
Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.
Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia..
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor