Pages

Monday, August 4, 2014

GEMPA BUMI RAGUT 150 NYAWA

China - Sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh dan ratusan lain cedera dalam gempa bumi dengan 6.1 skala richter yang melanda barat daya China, lapor media tempatan.

Pusat Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat berkata gempa itu melanda wilayah Yunnan pada 4.30 petang.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu agensi berita Xinhua, banyak rumah telah musnah dalam kejadian itu.

CCTV pula menyebut gemba bumi itu yang paling kuat melanda provinsi itu dalam tempoh 14 tahun.

Pada tahun 1970, gempa bumi dengan 7.7 magnitud melanda Yunnan membunuh sekurang-kurangnya 15,000 orang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor