Pages

Tuesday, July 15, 2014

WANITA PUN LAYAK JADI MENTERI BESAR

Wanita layak dilantik menjadi Menteri Besar sama seperti lelaki - Khairy


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat tidak ada masalah untuk kaum hawa memimpin sebuah negeri sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar.

Khairy menjelaskan secara peribadinya beliau melihat ramai tokoh wanita layak dilantik sebagai Menteri Besar berbanding lelaki.

“Bagi saya tiada salahnya untuk seorang wanita untuk menjadi Menteri Besar mahu pun Perdana Menteri. Alasan yang diberikan yang dia tidak boleh mengiringi Sultan untuk majlis keagamaan, walaupun ia bukanlah satu-satunya tugas Menteri Besar. Tanggungjawab Menteri Besar ialah untuk mengemudi negeri. Saya rasa tugas itu hanya sebahagian kecil sahaja. Secara peribadi ada wanita yang lebih layak untuk menjadi Menteri Besar atau pun Perdana Menteri.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun berhubung kelayakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Hafarizam antara lain dipetik sebagai berkata Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana sebagai wanita, jika berada di dalam keadaan uzur, beliau tidak boleh mengiringi Sultan dalam majlis keagamaan.

Khairy menyifatkan kenyataan Hafarizam itu sebagai kenyataan peribadi dan tidak menggambarkan pendapat UMNO.

Katanya isu siapa yang paling layak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor patut diselesaikan oleh PKR dan bukannya UMNO.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor