DYTM Tengku Mahkota Pahang tiba di Masjid Kg. Batu Kapor
Temerloh - DYTM Tengku Mahkota Pahang berkenan melawat kawasan dilanda ribut malam semalam (22hb Julai 2014). Beliau tiba kira-kira jam 1.00 tengahari tadi di Masjid Kg. Batu Kapor dengan disambut oleh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lancang serta Pegawai Daerah Temerloh dan Ketua-ketua Jabatan.
Sejurus tiba, KDYTM terus bersolat di masjid berhampiran sebelum diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah mengenai keadaan dan kesan dari bencana ribut berkenaan.
KDYTM berkenan menyampaikan sumbangan 'segera' kepada mangsa-mangsa yang terlibat. KDYTM juga sempat meluangkan masa bagi melawat rumah-rumah yang dilanda ribut sambil beramah mesra dengan mangsa dan rakyat jelata.
Sebanyak 12 kampong terlibat dalam ribut berkenaan yang mersosakkan sebanyak 228 buah rumah serta melibatkan seramai 1192 mangsa. Bagaimanapun tidak ada sebarang kemalangan yang mengakibatkan kehilangan jiwa berlaku seain dari 2 mangsa yang mendapat cedera ringan dan dirawat sebagi pesakit luar.
Sebahagian dari mangsa yang hadir
KDYTM menyampaikan sumbangan
Antara rumah yang mengalami kerosakan teruk
KDYTM diiringi Dato' Mohd Sharkar melawat mangsa
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor