Pages

Sunday, July 27, 2014

SUKAN KOMANWEL: POH SAN TAMBAH PINGAT NEGARA

Atlet gimnastik Wong Poh San menambah jumlah pingat untuk Malaysia apabila memenangi satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara individu di SSE Hydro di Glasgow pada Sabtu.

"Saya gembira dengan pencapaian ini walaupun saya menyasarkan memenangi satu pingat emas.

"Saya agak gementar kerana saya tahu atlet gimnastik Kanada sungguh hebat.

Saya hanya turun ke gelanggang dan mencuba dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Atlet berusia 17 tahun itu menang pingat perak dalam acara rutin riben setelah mengumpul 14.250 mata, hanya 0.250 mata di belakang pemenang pingat emas Francesca Jones dari Wales, yang mengumpul 14.500 mata.

Poh San meraih pingat gangsa dalam acara Gelung setelah mengumpul 14.650 mata.

Peserta Kanada Patricia Bezzoubenko muncul sebagai gimnas terbaik keseluruhan pada Sukan Komanwel tahun ini dengan memenangi lima pingat emas iaitu tiga dalam aparatus individu, individu keseluruhan dan berpasukan.

Poh San berkata selepas Sukan Komanwel, beliau akan meyambung semula latihan dan memfokus kepada persiapan menghadapi Sukan Asia Incheon September ini.

"Saya perlu perbaiki rutin saya kerana Sukan Asia jauh lebih sengit daripada Sukan Komanwel, lebih-lebih lagi dengan kehadiran peserta Asia Timur seperti Kazakhstan," kata gimnas berirama pertama Malaysia yang memenangi pingat dalam siri Piala Dunia di Kiev, Ukraine dua tahun lepas.

Selain meraih pingat perak dan gangsa dalam aparatus individu, Poh San, yang bergandingan dengan Amy Kwan Dict Weng dan Fatin Zakirah Zain Jalany, memenangi pingat gangsa bagi acara berpasukan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor