Kuala Lumpur - Dalam sidang akhbar semalam, Perdana Menteri menjelaskan beberapa perkara mengenai tragedi MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine - Rusia beberapa hari lalu;
Kenyataan Perdana Menteri:
1. Perdana Menteri memaklumkan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa amat penting pasukan siasatan dapat memasuki kawasan dimana pesawat berkenaan terhempas dengan secepat mungkin disamping pasukan juga perlu diberikan jaminan keselamatan
2. Perdana Menteri menegaskan perlunya kawasan berkenaan tidak diganggu agar apa jua bahan bukti untuk dijadikan asas siasatan tetap kekal.
3. Perdana Menteri manyatakan bahawa Vladimir Putin faham hasrat dan kehendak kita dan akan cuba membantu bagi membolehkan pasukan siasatan mulakan tugasan mereka.
4. Putin menyatakan persetujuan Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengadakan gencatan senjata sementara untuk tujuan siasatan.
5. Pendapat Putin, pihak yang menguasai kawasan berkenaan tentunya berkehendakan siasatan objektif dilakukan. Putin juga pihak mereka tiada keupayaan untuk menembak jatuh pesawat MH17. Dalam masa sama Poroshenko menyatakan pesawat tersebut jatuh kerana tembakan peluru berpandu oleh pihak yang lagi satu.
Menjawab soalan wartawan:
1. Langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh Malaysia adalah membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan berkenaan secepat mungkin dan seharusnya sebuah pasukan yang bebas dan Malaysia mestilah sebahagian dari pasukan berkenaan.
2. Kita (Malaysia) adalah mangsa kepada 'geo-politik' sengit dikawasan berkenaan
3. Pasukan Penyiasat mestilah bertanggungjawab dan berkuasa keatas 'kotak hitam' berkenaan dan kita akan mengambilnya dari mereka.
4. Tumpuan kita sekarang adalah mencari bukti sahih apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat berkenaan dan siapakah yang bertanggung-jawab menjatuhkannya.
5. Pasukan kita dalam penerbangan ke Kiev, dan sebaik tiba kita hendak dibenarkan terus kekawasan kejadian.
Berikut klip video eksklusif yang dirakamkan semalam tanpa suntingan:
Berikut klip video eksklusif yang dirakamkan semalam tanpa suntingan:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor