Pages

Thursday, July 10, 2014

SHARKAR - 'BERBUKA PUASA RAKYAT' DIPADANG MPK KUANTAN





Kuantan, 7hb Julai - Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang berbuka bersama rakyat di padang MPK Kuantan petang semalam.ik

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Padang MPK 1 Kuantan sudah sinonim dengan 'Berbuka Puasa Rakyat' dimana penduduk sekitar Kuantan bersama keluarga dan rakan-rakan dibenarkan membawa tikar dan memilih tempat duduk masing-masing untuk berjamu juadah berbuka puasa.

Terdapat banyak juadah berbuka puasa dijual digerai-gerai berhampiran. Manakala ada juga diantara mereka yang membawa makanan yang dimasak sendiri dari rumah masing-masing.

'Berbuka Puasa Rakyat' di Padang MPK ini sudah menjadi satu budaya penduduk Kuantan saban tahun dan turut di sokong oleh pihak kerajaan sendiri dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan sendiri sentiasa memberi sokongan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan berkenaan.

Sebelum berbuka, YB Dato' Mohd Sharkar sempat mengagihk-agihkan bubur lambu bubur lambuk dan kurma kepada para peniaga dibazar berkenaan serta sebahagian pengunjung yang hadir untuk berbuka di padang berkenaan.

Bagi memeriahkan program Berbuka Puasa Rakyat pada hari semalam, beberapa acara khas disusun oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang antaranya Kuiz Ramadhan, Mengagihkan bubur lambuk, Persembahan Fesyen Muslimah, Nasyib, Berzanji dan Marhaban, Tazkirah Ramadhan dan lain-lain.




























No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor