Kuala Lumpur - AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK 278 tergelincir di landasan semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang.
AirAsia dalam satu kenyataan di sini berkata, penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir "sedikit" di landasan semasa hendak mendarat.
Menurut kenyataan itu, pesawat itu membawa 102 penumpang dan tujuh kru dan mereka telah selamat keluar dari pesawat. Tiada laporan mengenai kecederaan.
"Kakitangan perkhidmatan kami kini membantu memenuhi keperluan semua penumpang terbabit," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, untuk mengenal pasti punca insiden, kumpulan syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memaklumkan maklumat terkini sepatutnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor