Pages

Friday, July 25, 2014

PERDANA MENTERI UKRAINE LETAK JAWATAN


Yatsenyuk

Donetsk -  Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh minggu lalu.

Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor