Gaza - Seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan di sebuah hospital di Gaza mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk bermalam sekurang-kurangnya satu malam di hospital berkenaan bagi melihat sendiri kekalutan mangsa bedilan Zionis.
Dr. Mads Gilbert, sukarelawan pakar bedah di Hospital Al-Shifa berkata, Obama hanya akan memahami apa sebenarnya yang dialami penduduk Palestin di sini dengan meluangkan masa di hospital.
"Saya jemput Obama supaya beliau melihat sendiri penderitaan kanak-kanak akibat bedilan tanpa henti di sini," katanya kepada Al Arabiya.
Gilbert berpendapat Obama dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertanggung jawab terhadap kematian dan kesengsaraan ratusan rakyat Palestin di Gaza ketika ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor