The Hague: Beberapa saksi sudah memuat naik 150 gambar dan rakaman video kepada polis Belanda untuk membantu siasatan mereka mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine, menurut seorang jurucakap, semalam.
Minggu lalu, polis mengemukakan rayuan kepada online bagi mendapatkan gambar di kawasan kejadian itu - sebelum, semasa dan selepas - untuk mengumpulkan segala maklumat ke atas tragedi berkenaan.
Jurucakap wanita itu, Franki Klarenbeek berkata sejak petang Jumaat sehingga tengah hari, semalam sejumlah 150 gambar dan video dimuat naik menerusi empat bahasa - Belanda, Inggeris, Russia dan Ukraine dan banyak lagi dijangka diterima.
“Kami tidak tahu dari mana datangnya bahan ini tetapi kami tahu ia dimuat naik dalam semua empat portal bahasa,” kata Klarenbeek.
Menurut laman sesawang berkenaan, rayuan online disasar secara khusus kepada orang yang berada di zon malapetaka itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor