Pages

Wednesday, July 16, 2014

ISRAEL GUNA SENJATA BAHAYA


Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.

Oslo - Seorang doktor di Norway mendakwa rejim Zionis menggunakan bom yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk Palestin.

Ketua jabatan perubatan sebuah hospital universiti di Oslo, Dr Erik Fossse memaklumkan Dense Inert Metal Explosive (Dime) tersebut adalah bahan letupan yang hanya boleh menyebabkan kemusnahan kecil dalam peperangan. Bagaimanapun, pakar berpendapat serpihan kecil letupan Dime mampu memberi kesan biologi sangat besar terhadap manusia.

“Sebahagian penduduk Gaza mengalami kesan kecederaan akibat daripada penggunaan senjata baharu. Para doktor yang ada pengalaman merawat mangsa di zon perang sendiri tidak pernah melihat kes sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, rejim Zionis turut menggunakan senjata seperti depleted uranium (DU) dan peluru meriam mengandungi fosforus putih, laporan dipetik dari Press TV.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor