Pages

Sunday, July 20, 2014

BERTINDIH DALAM LONGKANG


Foto

Shah Alam: Ketika semua sedang sibuk membuat persiapan berbuka puasa, penduduk Seksyen 2 di sini, dikejutkan dengan kejadian dua buah kereta terbabas sebelum memasuki longkang besar di tepi jalan dalam keadaan bertindih kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurut sumber, kereta Suzuki Swift dan Hyundai Accent dipandu dua wanita itu mengelak daripada bertembung antara satu sama lain di satu persimpangan berhampiran Pusat Kitar Semula, dekat sini.

"Sebuah kereta datang dari arah Seksyen 3 cuba memasuki persimpangan berkenaan manakala sebuah lagi kereta dari arah bertentangan dipandu laju sehingga mengakibatkan keduanya yang cuba mengelak antara satu sama lain termasuk ke dalam longkang besar itu dalam keadaan bertindih.

"Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu tidak mengalami kecederaan serius dan orang ramai yang lalu lalang membantu mengeluarkan mereka daripada kenderaan masing-masing," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik mengesahkan sehingga jam 11 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian dan menasihatkan kedua-dua pemandu terbabit berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor