Gambar hiasan - mangsa rogol & bunuh
KUANTAN - Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur hingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa di kawasan tepi Pantai Sepat dekat sini, 20 Jun lalu.
Tertuduh, Haizul Hazziq Othman, 22, dan rakannya, Ainuddin Ghazalli, 22, dari Taman Mentiga Jaya Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun secara bergilir antara jam 6.30 petang hingga 8.15 malam di lokasi itu.
Semasa melakukan perbuatan itu, tertuduh didakwa turut menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh disebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh bagaimana pun Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin mengurangkan jumlah itu kepada RM8,000 selepas tertuduh buat rayuan.
Tertuduh turut dikenakan beberapa syarat tambahan termasuk perlu melaporkan diri di Balai Polis Pekan setiap bulan sebelum 5 hari bulan dan tidak dibenarkan keluar daerah tanpa kebenaran mahkamah.
Mereka juga dilarang mendekati atau mengganggu mangsa dan keluarga.
Sekiranya perintah itu gagal dipatuhi, mahkamah boleh menarik balik jaminan dan tertuduh perlu ditahan reman di penjara sehingga kes selesai.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor