Pages

Sunday, July 13, 2014

2 LELAKI CEDERA KEBAKARAN PANGGUNG WAYANG DI SABAH



Sandakan - Dua lelaki cedera dalam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah sebuah panggung wayang di Jalan Leila dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, ketika kejadian kira-kira 3.35 petang itu, sejumlah pelanggan sedang menonton wayang di tingkat satu panggung itu.

Beliau berkata kebakaran di bahagian bawah panggung itu dapat dipadamkan susulan tindakan pantas pihak bomba yang dapat menghalang api daripada merebak di bangunan dua tingkat itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa asap tebal menyerap naik ke tingkat atas melalui saluran pendingin hawa hingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan penonton di tingkat satu panggung itu.

"Ada penonton yang menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap yang dipecah dan ada yang menggunakan laluan tanggan dalam keadaan gelap. 

"Ekoran itu, dua lelaki luka di tangan kerana memecahkan cermin di tingkat satu untuk menyelamatkan diri," katanya.

Rowell turut menafikan laporan portal bahawa berlaku letupan di dalam panggung berkenaan.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.44 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Sebanyak enam jentera dan 26 anggota bomba serta lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Sandakan dihantar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran, katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor