Pages

Saturday, June 14, 2014

USAH SALAH GUNA SURAT SOKONGAN AHLI POLITIK




Seremban: Ketua jabatan dan pegawai kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang keputusan hanya berdasarkan surat sokongan yang diperoleh daripada ahli politik atau wakil rakyat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata surat sokongan yang diterima tidak bererti arahan kelulusan, sebaliknya perlu diteliti terlebih dulu. 


Keputusan ikut peraturan 

Beliau berkata, setiap keputusan yang dibuat perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dan berkemungkinan surat sokongan itu boleh menjadi salah satu pertimbangan sebelum membuat sebarang kata putus.

“Paling penting, pastikan surat sokongan itu tidak berbentuk arahan, kerana surat itu tidak boleh mempengaruhi atau menjadi penyebab kepada setiap keputusan yang dibuat,” katanya selepas menghadiri Seminar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen bersama SPRM di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Mohamad Hassan.
Sehubungan itu Abu Kassim berkata, tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang jika ahli politik atau wakil rakyat, mengeluarkan surat sokongan kerana itu tidak bermakna arahan yang perlu diluluskan.


Sokong ujian integriti

Sementara itu, beliau menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewajibkan mereka yang mahu menyertai pasukan itu, menjalani ujian integriti sebagai usaha mencegah rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota.

Katanya, usaha itu dapat mengelak PDRM daripada tersalah mengambil orang yang boleh merosakkan reputasi pasukan itu.

“Bagi saya amat wajar elemen integriti ini dijadikan elemen utama dalam proses pengambilan atau sebelum seseorang itu dilantik memegang sesuatu jawatan.

“Malah, seseorang yang akan dinaikkan pangkat juga akan dirujuk kepada SPRM terlebih dulu, untuk dibuat tapisan sama ada mereka bebas daripada rasuah atau sebaliknya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, pihaknya sudah menyiasat sebanyak 44 kes membabitkan kakitangan awam di negeri ini

.

1 comment:

  1. Betul ke jangan buat keputusan atas dasar surat sokongan politik ? Ayat ini macam biasa dengar dimana-mana bnegeri pun dalam negara kita tapi sebaliknya memang betul jangan ikut surat sokongan sebaliknya bagaiman pula arahan emlalui panggilan telepon dari pihak berkuasa politik.

    Jangan cakap tak serupa bikin , kita pernah alamai perkara ini , usahalah bermain bercakap seperti tebu dalam mulut, jika betul pegawai awam boleh buat keputusan sendiri , merana lah orang politik tak dapat pprojek ... itu lah yang kita tahu

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor