Keluarga mangsa
Raub 12hb Jun - Seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas apabila tergelincir dan dihanyutkan arus di pusat rekreasi Jeram Besu kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
Kanak-kanak berumur 9 tahun itu yang bersama keluarganya seramai 5 orang dalam perjalanan dari Selangor ke Kota Bharu singgah disini dan mandi bersama bapanya sebelum dihanyutkan kira-kira 30 meter ke lubuk berhampiran.
Pasukan Polis Daerah Raub bersama pasukan Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM dan JKKK sedang tertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Menurut Tuan Rahim, Timbalan OCPD Daerah Raub, seramai 71 orang anggota terlibat dalam operasi itu setakat ini berserta 6 buah bot manakala bantuan dari Unit Skuba Marine Pahang dan Unit Skuba Bomba Temerloh sudahpun dihubungi untuk menyertai operasi.
Operasi mencari dan menyelamat ini akan berakhir jam 6.30 petang nanti. Sekiranya mangsa masih belum ditemui operasi akan diteruskan semula hari esok.
Sehingga kini (6.00 petang) mangsa masih belum ditemui.
Sebahagian anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian
Tempat kanak-kanak dilaporkan tergelincir
Sebahagian anggota sedang dalam operasi
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor