Kuala Lumpur: Suspek kes pembunuhan gadis berusia 22 tahun di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya berjaya ditahan di Teluk Intan, sebentar tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritenden Fadil Marsus berkata, suspek ditahan di Hospital Teluk Intan selepas cuba membunuh diri dengan meminum racun.
Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas membunuh adik iparnya dan sempat memberitahu ahli keluarga isterinya untuk pergi ke hotel bajet selain memberitahu hasratnya untuk membunuh diri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor