RAUB - Kerajaan Negeri Pahang mensasarkan sekurang-kurangnya dapat melahirkan 200 usahawan dari kalangan suri rumah setiap tahun bermula tahun ini, demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri Dato' Shahaniza Shamsuddin.
Beliau berkata kerajaan akan memilih lima suri rumah yang berniaga secara kecil-kecilan dari setiap dewan undangan negeri (DUN) untuk diberikan bantuan bagi menjalankan perniagaan mereka masing-masing.
"Kerajaan berharap dengan pelbagai bantuan dan dana serta lain-lain kemudahan itu, mereka akan dapat meningkatkan pendapatan bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan keluarga.
"Kita yakin jika mereka ini dibantu dengan pelbagai kemudahan termasuk modal serta peralatan yang cukup mereka boleh meraih pendapatan yang lebih lumayan," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Usahawan Perwanis Parlimen Raub di Dewan Jubli Perak Raub pada Khamis.
Shahaniza berkata suri rumah berkenaan akan dibahagikan kepada 10 hingga 20 kumpulan kecil dan diberikan peruntukan antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kumpulan untuk membolehkan kumpulan terbabit bergerak dan melakukan program masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor