Pages

Wednesday, June 11, 2014

MAYAT PELAJAR LEMAS DI TAMAN NEGARA DITEMUI


Kuantan: Mayat pelajar semester akhir Kolej Komuniti Rompin yang hilang ketika mandi bersama adik dan dua rakannya di Taman Negeri Endau–Rompin pada petang Ahad lepas ditemui semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata mayat Sheikh Safwan Sheikh Ahmad Azudeen, 20, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat di kawasan Jeram Tengku Puan pada jam 12.55 tengah hari.

Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat melibatkan Unit Skuba Bomba dari Kuantan dan Temerloh serta Unit Pengesan Anjing (K9) Bomba berjaya mengesan mayat mangsa di Jeram Tengku Puan kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang. 

"Mangsa mungkin dibawa arus deras disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan pada petang Ahad dan Isnin," katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor