Pages

Friday, June 6, 2014

LAGI DI KELANTAN: MEKANIK MENGAKU ROGOL REMAJA



Kota Bharu – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Rozlan Hamzah, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 17 November 2013.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dengan mengacukan parang kecil ke arah mangsa di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang, 15 November 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – myMetro Online



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor