Kota Bharu: Peserta Raja Lawak musim ketiga, Amir atau terkenal dengan jolokan Amir I’m Sorry bertunang dengan pilihan hatinya di kediaman keluarga gadis itu di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.
Memperkenalkan tunangnya sebagai Intan, 20, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, berkata, majlis pertunangannya diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri keluarga serta sahabat terdekat kedua-dua pihak.
“Memang saya bertunang semalam (kelmarin) dan tidak memaklumkan media bagi menjaga hati keluarga. Lagipun majlis diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak.
“Orang kata kalau bertunang tak elok dihebohkan, kahwin nanti baru kita maklumkan kepada semua, insya-Allah,” katanya, semalam.
AMIR bersama Intan selepas majlis pertunangan di Sungai Buloh.
Jejaka dari Kubang Kerian ini memberitahu, dia tidak berhasrat bertunang lama, sebaliknya merancang untuk disatukan seawal tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor