Algiers: Dua penyokong bola sepak Algeria terbunuh dan 31 lagi mengalami kecederaan dalam nahas kenderaan ketika meraikan kejayaan negara itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, kata pihak berkuasa.
Jabatan Pertahanan Awam Algeria berkata, tiga nahas kereta menyebabkan dua mati di lima wilayah pada malam kelmarin.
Selepas skuad negara itu mara ke pusingan kedua Piala Dunia apabila seri 1-1 dengan Russia, penduduknya meraikan kejayaan di atas jalan raya.
Minggu lalu, seorang lelaki muda terkorban dan beberapa lagi cedera ketika meraikan kemenangan Algeria ke atas Korea Selatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor