PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia selepas tersingkir pada saingan separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam tadi.
Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.
Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.
Pada final esok, Kenichi pula dijadualkan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor