Pages

Tuesday, June 17, 2014

AHLI PARLIMEN KUANTAN DAN PADANG SERAI DIARAH KELUAR DEWAN



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh dan wakil Padang Serai, N. Surendran telah diperintah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Dua wakil PKR itu diperintah keluar dewan kerana enggan duduk setelah berulangkali diarahkan oleh Pandikar Amin.

Fuziah diarahkan keluar setelah mempersoalkan keputusan Speaker mengenai satu petisyen rayuan berkenaan projek Lynas di Kuantan.

Beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain turut dilihat keluar mengikut Fuziah dan Surendran.

Dua wakil PKR itu hanya dibenarkan kembali ke Dewan Rakyat pada Khamis.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor