Pages

Sunday, June 29, 2014

5,000 RAKYAT MALAYSIA BERPUASA DI TANAH SUCI

Madinah - Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.

Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.

Umat Islam di Tanah Suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam tadi.

Di Makkah dan Madinah, umat Islam akan berpuasa seawal 4 pagi hingga 7 petang, dengan suhu dianggarkan antara 40 darjah celcius dan 48 darjah celcius.

Beberapa rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah turut melahirkan penuh kesyukuran kerana dapat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci.

Mohd Shah Che Ahmad, 26, dari Kuala Lumpur berkata, peluang berpuasa di Tanah Suci buat pertama kalinya amat bermakna kerana ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.

Beliau dijadual menunaikan umrah hari ini, selepas dua hari menziarah Madinah.

"Azam saya untuk berpuasa di Tanah Suci akhirnya dimakbulkanNya. Saya berdoa semoga dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan," katanya.

Johari Ramli, 44, pula berkata beliau berdoa supaya isteri, keluarga dan sahabat handainya juga kelak berpeluang menunaikan ibadat puasa di Tanah Suci.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor