Kampar - Waktu makan tengah hari sebuah keluarga terganggu dengan kehadiran ular tedung sepanjang dua meter yang tiba-tiba keluar dari rumah mereka, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, ular tersebutkeluar dari kediaman keluarga berkenaan sebelum menyorok ke bahagian bawah rumah.
Ketua keluarga, Hamidi Abd Wahid, 34, berkata haiwan itu kemudian bersembunyi di dalam kotak yang terletak di bawah rumahnya.
Menurutnya, dia dan isterinya cuba menghalau ular berkenaan menggunakan buluh.
“Saya turut menggunakan penyembur racun serangga bagi menghalau ular berkenaan untuk keluar dari tempat persembunyiannya dan sejurus ular itu keluar saya segera memalu kepala haiwan tersebut dengan menggunakan buluh.
“Selepas reptilia itu lemah saya segera mencampakkan ular berkenaan ke jalanraya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor