Kota Bharu - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar kereta api ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang maut Mohamad Aiman Mat Husin, 17, dan mangsa yang cedera parah Che Nik Che Awang, 55, dikatakan ingin melintas landasan kereta api itu dari arah Ladang Lepan Kabu ke Kampung Baru Pahi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa dilanggar kereta api itu yang datang dari Kuala Lipis, Pahang menuju ke Tumpat.
Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan jalan kecil di sebelah pagar landasan kereta api itu untuk melintas setelah laluan untuk pengguna jalan raya melintas ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api itu, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak ke tepi landasan kereta api berkenaan.
"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan namun Mohamad Aiman meninggal dunia di hospital itu pada pukul 5.05 petang," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor