Kuala Lumpur - Peserta himpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula berkumpul di lima lokasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur seawal jam 9.30 pagi.
Antara lokasi terlibat termasuklah di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank.
Berikut adalah perkembangan semasa mengenai himpunan:
12.30 tengah hari - Lalu lintas yang menghubungkan Masjid Negara agak sesak namun dengan bantuan polis trafik keadaan terkawal.
12.45 tengah hari - Para peserta kelihatan memenuhi pekarangan Masjid Negara, masing-masing berpakaian baju merah sebagai simbol bantahan GST.
12.45 tengah hari - Para peniaga dimaklumkan seawal jam 10 pagi sudah mula memenuhi pekarangan Masjid Negara dengan berniaga pelbagai barangan termasuk makanan, minuman, t-shirt dan lilit kepala tertera bantah GST.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor