CHINA - Gara-gara meniru di sekolah, seorang budak dipukul hingga mati oleh bapanya di Hangzhou, timur China.
Polis berkata, Ye Hung, 35, dituduh memukul Chou, 11, dengan mengikat anaknya sebelum dipukul dengan kejam.
“Selepas membelasah mangsa, suspek membiarkan mangsa dalam kesakitan seharian,” katanya kepada Xinhuanet.
Menurutnya, doktor mengesahkan budak itu maut akibat serangan jantung 12 jam kemudian.
Seorang ahli keluarganya, Park Jen, 37, berkata, suspek seorang ayah bertanggung jawab dan amat mementingkan pendidikan.
“Beliau terlalu marah dan kecewa dengan perbuatan anaknya itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor