Pages

Thursday, May 22, 2014

KUCING BAWA 5 GRAM GANJA MAMPAT




Wellington - Seorang wanita terkejut apabila kucingnya membawa pulang beg plastik berisi ganja seberat lima gram ke pintu rumahnya di St Ashmore, New Zealand.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Fluffy itu segera menghubungi polis sejurus mendapat tahu kandungan plastik berkenaan, lapor BBC.

“Saya sangka ia membawa balik bangkai tikus atau burung tetapi selepas diperiksa ia adalah ganja mampat,” katanya.

Pegawai polis Dunedin, Reece Munro berkata, nilai ganja berkenaan sekitar NZ$150 (RM445) dan siasatan masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor