Kuantan - Seorang guru kerugian lebih RM40,000 setelah disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau pemotong daging dan pemutar skru di rumahnya di Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Maran awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa 36, dan isterinya, 34, sedang nyenyak tidur bersama dua anak mereka berusia empat dan enam tahun di dalam sebuah bilik.
Beliau berkata, suspek yang dipercayai masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap dapur, bertindak mengacukan senjata tajam ke arah mangsa yang sedang tidur dan mengikat mereka dengan dawai pagar sebelum menggeledah rumah.
"Selepas kira-kira 40 minit berada di dalam rumah, suspek kemudiannya melarikan diri melalui pintu tengah rumah mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sulaiman berkata, mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudiannya menghubungi polis.
Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian lebih RM40,000 membabitkan barangan kemas, wang tunai, dua buah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan jam tangan, katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor