Kuala Lumpur - Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.
Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.
Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.
Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.
Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor