Kuala Lumpur - Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68km dari timur laut Kepulauan Nias, kira-kira 408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada jam 10.35 malam tadi.
"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor