Kuala Lumpur - Sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membongkar taktik dua premis urut yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di sebalik ‘nama’ pusat refleksologi di Kepong di sini, malam kelmarin.
Dalam operasi berasingan, seramai 18 wanita warga Vietnam yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks di dua pusat urut itu, dicekup polis.
Ops Noda itu diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais bersama 10 anggota dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Mohammad berkata, ketika serbuan, dua daripada wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu sedang melayan pelanggan.
“Siasatan mendapati premis tidak berlesen, guna nama pusat urut namun sebaliknya menawarkan khidmat seks,” katanya.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing dan Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 salahguna pasport.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor