Tel Aviv - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijatuhi hukuman penjara enam tahun hari ini kerana menerima rasuah dikaitkan dengan perjanjian hartanah.
Ini kali pertama seorang bekas ketua kerajaan di Israel dijatuhi hukuman penjara.
Olmert didapati bersalah menerima dan menawarkan rasuah ketika memegang jawatan Datuk Bandar Baitulmaqdis serta Menteri Perdagangan dan Industri antara tahun 1993 dan 2006.
Olmert serta beberapa lagi defendan dituduh terlibat dengan rasuah dalam urusan jual beli hartanah melibatkan pembinaan kompleks pangsapuri di barat daya Baitulmaqdis serta beberapa kes rasuah yang memaksa peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2008.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor