Pages

Wednesday, May 14, 2014

ANWAR, ISTERI TERLIBAT KEMALANGAN




Shah Alam - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam semalam.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini (semalam ) selepas mendapatkan rawatan, katanya.

2 comments:

  1. Kemalangan???????????

    Mengapa kedua duanya tak mampos terus?????

    ReplyDelete
  2. Hati-hati di jalan raya. Jalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor