Kuantan - Tiga lemas ketika mandi di dua pantai terkenal di sini, petang tadi.
Dua lelaki lemas ketika mandi di pantai balok, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Aman Ahamad,24, dan Wan Mohd Akram Wan Yusof,25,dari Bukit Goh, lemas selepas ditelan ombak ketika mandi bersama seorang lagi rakan mereka, Selamat Muid Md Nor,21.
Sementara itu di Pantai Teluk Tongkang, di sini,seorang remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya, kira-kira 4 petang tadi.
Chua Ping Heng,15, lemas selepas gagal berenang berikutan keadaan laut yang dalam.
Mayatnya dijumpai jam 7.15 malam tadi oleh anggota bomba dan penyelamat yang melakukan usaha mencari mayat remaja terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor