Pages

Saturday, April 26, 2014

TIADA TINDAKAN ATAS DASAR KEMANUSIAAN

Kuantan - Kerajaan negeri mengakui pencerobohan tanah di Cameron Highlandssemakin berleluasa, namun sukar mengambil tindakan atas dasar kemanusiaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, banyak kes berlaku di daerah itu tetapi ada peneroka yang benar-benar bekerja untuk memperoleh pendapatan.

“Ada banyak kes penerokaan haram tapi ada peneroka yang benar-banar untuk cari makan. Jadi kita tak sampai hati, ini bukan soal parti, ini soal kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) pada persidangan pertama penggal kedua Dun ke-13 di sini, kelmarin.

Katanya, walaupun kawasan itu dipimpin DAP tetapi kerajaan tidak sampai hati untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kerana perikemanusiaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan melawat kawasan pencerobohan di Cameron Highlands dalam tempoh terdekat untuk mengelakkan lebih banyak kawasan cerun bukit di kawasan itu menjadi mangsa penerokaan haram.

Adnan turut memaklumkan kerajaan negeri menawarkan tanah seluas 10 peratus daripada keluasan tanah yang diteroka dan selebihnya, peneroka perlu serahkan semula untuk diagihkan kepada orang lain.

Beliau turut meminta wakil rakyat di kawasan itu mendaftarkan peneroka terbabit bagi memudahkan kerajaan melaksanakan pemulihan tanah.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor