Kuala Lumpur - Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak tertentu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan, setiap ketua jabatan perlu lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran serta mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.
"Dalam dunia tanpa sempadan dengan medium komunikasi menjadi semakin mudah, penjawat awam perlu lebih berwaspada ketika menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Twitter, jangan sampai maklumat yang diklasifikasi sebagai sulit atau rahsia sampai ke tangan pihak luar," katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini Isnin
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor