Pages

Thursday, April 3, 2014

SEORANG RAKYAT MALAYSIA ANTARA WARGA ASING DISERANG TALIBAN



Kuala Lumpur - Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia adalah antara warga asing yang diserang Taliban dalam sebuah rumah tamu di Kabul pada 28 Mac lepas.

Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra menyatakan rakyat Malaysia itu, yang merupakan seorang daripada pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa, telah pun pulang dengan selamatnya ke Malaysia.

Justeru itu, Wisma Putra sekali lagi meminta rakyat Malaysia yang ke luar negara terutamanya negara berisiko tinggi, supaya mendaftarkan diri di kedutaan Malaysia di sana atau di pusat transit.

"Ini akan membantu pihak kedutaan dalam menyediakan bantuan konsul yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia di luar negara," kata kenyataan itu.

Tugas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut merangkumi Afghanistan.

Rumah tamu itu diduduki sekumpulan anggota sukarelawan dan pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa sebelum ia diserang.

Pihak Taliban mendakwa pihaknya bertanggungjawab di atas serangan itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor