Pages

Thursday, April 24, 2014

PESAWAT FIREFLY BERPATAH BALIK



Subang Jaya: Pesawat milik Syarikat Penerbangan Firefly FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabagsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan pada jam 6.55 pagi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Pesawat itu berpatah balik pada jam 7.30 pagi selepas gear mendarat pesawat itu didapati gagal berfungsi selepas berlepas. 

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, pesawat itu diarahkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Pulau Pinang sebagai langkah keselamatan. 

Menurut kenyataan itu, Pasukan Penyelamat Lapangan Terbang (Airport Fire Rescue Sevices) tidak diperlukan kerana pesawat itu melakukan pendaratan normal.


Terdapat seramai 64 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu dan penerbangan FY1002 dijadualkan semula dan berlepas ke Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.50 pagi pada hari yang sama.


Pesawat itu dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan pada jam 9.50 pagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor