Pages

Wednesday, April 23, 2014

PENGANJUR PROGRAM DITAHAN




Gombak - Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sambutan Wiladah Saidatina Fatimah Az-Zahra, Kamilzuhari Abd Aziz ditahan polis selang beberapa minit selepas merasmikan sebuah program di padang Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di Taman Sri Gombak, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian 2.30 petang itu, tiada sebarang provokasi berlaku sebaliknya Kamilzuhari memberikan kerjasama yang baik dan menaiki van sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk diambil keterangan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sekitar jam 12 tengah hari, khemah mula dipenuhi orang ramai yang datang secara berperingkat untuk menjamu selera dan diselitkan persembahan qasidah.

Ketua Setiausaha Unit Perancang Sosial Ekonomi, Mohd Nassir Sahar ketika ditemui mempertahankan penganjuran program dan mendakwa telah memperoleh permit daripada MPS yang turut tiba di lokasi untuk semakan.

Beliau mengalu-alukan kedatangan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan sedia berdialog berkaitan isu fahaman Syiah dalam pelbagai aspek.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor