Petaling Jaya - Dalam mengejar arus pemodenan, penulisan berita, etika serta tangggungjawab sebagai wartawan tidak pernah berubah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arus pemodenan tidak boleh menyanggah prinsip asas pemberitaan yang hakikatnya bersifat universal dan terpakai dahulu, kini dan selama-lamanya.
"Berita yang ditulis tidak boleh sembrono, mesti berpaksikan fakta dan paling penting, bersifat adil kepada subjek yang ditulis.
"Media bukan sahaja melaporkan perkembangan berita malah bertanggungjawab dalam menyampaikan perkongsian maklumat pendidikan, perkembangan arena politik dan sukan kepada masyarakat," katanya dalam perasmian Majlis Malam Wartawan Malaysia 2014, malam tadi.
Menurutnya lagi, komuniti wartawan hari ini mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjadikan prinsip kewartawanan berada di tahap yang sepatutnya.
"Wartawan perlu tahu apa yang ingin disampaikan dalam setiap penulisan berita, jangan sampai terlalu ghairah mengejar berita tanpa memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut menyatakan penghargaan kepada wartawan dan pengamal media yang begitu banyak membantu dalam pembangunan negara selama ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor