Kuala Lumpur: Jet persendirian milik pengarah filem Lord of The Rings,Peter Jacksonturut digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, menurut laporan portal berita antarabangsa.
Pesawat Gulfstream G650 milik Jackson itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu.
Menurut laman web Gulfstream, jet milik Jackson itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa dimana ia membolehkan Jackson membuat perjalanan tanpa henti dari Welllington,New Zealandke Los Angeles, California, dimana kebanyakkan penggambaran filemnya dijalankan.
“G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” menurut laman web tersebut.
Bernilai puluhan juta dolar, kelajuan jet mewah itu mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama.
Jurucakap Jackson turut mengesahkan penglibatan jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013 itu namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak.
“Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini.
Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” jurucakap Jackson, Matt Dravitzki berkata.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak tragedi ini berlaku, puluhan negara seluruh dunia turut menghantar bantuan dalam usaha mencari dan menjejasi pesawat malang itu.
Terkini, kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milikMalaysia Airlines(MAS) itu.
Selain bantuan pesawat dan kapal bagi mengesan MH370, negara-neagra tersebut turut menawarkan bantuan risikan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan mengenai kemungkinan wujudnya elemen keganasan, sabotaj dan sebagainya .
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor