Bukit Mertajam - Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah menyeludup 6,040 batang rokok di Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam.
Abdul Amin Fazal Ahmed, 51, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Tertuduh didakwa menyeludup 5,800 batang rokok putih pelbagai jenama dan 240 batang rokok keretek pada jam 2.45 petang di sebelah Surau Al-Mukminin di Taman Mas, Perai pada 31 Mac lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan rampasan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh diwakili VS Kumar yang turut memohon hukuman ringan dikenakan berikutan terpaksa menyara isteri dan tiga anaknya.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia, Khairunnisa Ibrahim.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor