Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dengan kain cadar putih seperti dikafan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini semalam.
Mayat dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada jam 8 pagi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.
Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Air Itam, George Town dekat sini semalam.
Mayat Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh beberapa penduduk di kawasan berkenaan pada jam 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor